Today

Tuesday, July 23, 2013

Lemon Cheesecake

250g Unsalted Butter (Melted)
1x 250g Packet of Plain Biscuits (Cookies)
3x 250g Packets of Cream Cheese
2x 395ml Tins of Sweetened Condensed Milk
Juice of 2 Large Lemons (about 125ml)

Thursday, July 11, 2013

Roti Paun lagi

Bahan-bahan
  1. · 6 cawan tepung gandum - guna tepung roti pun boleh
  2. · 1 ¾ cawan susu cair/ susu segar
  3. · ¾ cawan gula halus
  4. · 1 paket (11 gm) yis
  5. · 3 biji telur
  6. · ¼ cawan mentega, dicairkan - marjerin pun boleh
  7. · sedikit pewarna kuning

Cara-cara
  • · Campurkan susu cair/ susu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.
  • · Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.
  • · Masukkan tepung kedalam bread machine dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati.
  • · Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.
  • · Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat
  • · Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.
  • · Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 – 170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.

Roti Paun

Bahan-bahan ( 2-3 loyang sederhana )
1 sudu kecil yis kalau nk cepat naik taruk 2- 21/2 sudu kecil.
1cawan air suam
½ cawan gula
½ cawan marjerin/butter
Tepung gandum bergantung di taruk masa menguli.
sedikit minyak utk dilenserkan diatas roti

Cara-cara
1 cawan air suam dicampurkan yis biarkan seketika hingga larut. Sediakan besen tarukkan sedikit gandum lebih kurang ½ cawan kedalamnya. Kemudian masukkan air suam yg bercampur yis tadi kedlm besen yg berisi gandum.
Kemudian masukkan pula gula kacau hingga gula hancur. Kemudian masukkan marjerin/butter kedalamnya kacau sampai sebati.

Sesudah itu di letak sedikit demi sedikit tepung gandum di adun sampai boleh diuli. Jangan diisi terlampau banyak tepung takut jadi keras Cuma agak2 boleh diuli dgn tangan dan tidak melekat ditangan sahaja sampai menjadi doh yg lembut. Kemudian doh direhatkan sehingga ½ - 45 minit.. kemudian boleh dibentukkan bulat2 (ikut suka hati) dan di susun ke dlm loyang yg telah dialas baking paper (mcm MIL buat dia alas daun pisang-fuhyo naik dan bangkit bau dia).
Dibiarkan naik sampai 2 kali ganda lepas itu dilenserkan minyak ke atas roti yg dah kembang kemudian bolehlah dibakar dgn kepanasan 180C selama 10-15minit dlm oven yg telah di panaskan terlebih dahulu.. gambar atas dah kembang tunggu nk masak tu